GEG | Agong harap RUU rokok disokong semua pihak

  • tahun lalu
Usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu disokong semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, generasi muda perlu dididik dengan amalan-amalan kesihatan yang baik.