Kakitangan LTAT piket lima hari, tuntut tunggakan pelarasan gaji

  • 2 years ago
Lebih 100 kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpiket hari ini setelah kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa tidak melayan pelbagai tuntutan dan isu yang dibangkitkan.

Ini selepas lebih dua tahun pengurusan LTAT didakwa enggan membayar tunggakan pelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.

Presiden Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah memaklumkan, piket hari ini akan terus diadakan setiap hari sehingga Jumaat.