Hampir semua kakitangan Malindo Air tiada gaji

  • 4 years ago
Malindo Air memutuskan kakitangannya perlu mengambil cuti tanpa gaji bermula dari bulan April berikutan terpaksa menghentikan operasi akibat wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Mushafiz Mustafa Bakri memaklumkan kakitangannya bahawa hanya individu tertentu perlu melaporkan diri untuk bekerja dan dibayar gaji harian.

Perkara itu disampaikan melalui memo syarikat penerbangan itu yang berkuat kuasa serta merta.