Idea khemah besar buang masa kalau dilayan, tiada hasil - Akmal

  • 2 years ago
Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang akan mengundurkan diri hari ini mengulangi bahawa pendekatan "khemah besar" telah ditolak oleh akar umbi.

Dalam ucapannya di kongres Pemuda PKR, Akmal berkata perbincangan khemah besar yang dihebohkan sebelum ini hanya berkisarkan kepada percaturan jawatan semata-mata.

Sumber video: https://www.facebook.com/akmalnasir.my/videos/785702799108176/