Khemah besar atau solo: Fahmi jangka 'keterujaan' di kongres PKR
  • 2 years ago
Kongres tahunan PKR yang akan bermula esok kemungkinan besar menyaksikan pelbagai perkembangan menarik apabila pemimpin dan perwakilan parti itu berbahas.

Antara isu yang dijangka menjadi perhatian ialah persoalan 'khemah besar' dan prestasi buruk PKR dalam empat pilihan raya negeri (PRN) yang dilangsungkan sejak 2018.

Bercakap kepada Malaysiakini dan KiniTV, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata dia menjangkakan ada perwakilan mahu membahaskan isu tersebut.