Politik UK | Undur segera atau berdepan undi tidak percaya - Parti Buruh

  • 2 tahun lalu
Pemimpin parti pembangkang utama UK, Keir Starmer menyeru supaya Boris Johnson segera berundur sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatannya sebagai pemimpin parti Tory.

Tegas beliau, sekiranya Johnson kekal sebagai Perdana Menteri, Parti Buruh akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Johnson.