Operasi Narkotik | JKDM rampas dadah pelbagai jenis bernilai RM755,028

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) zon Sabah merampas dadah dianggarkan bernilai RM755,028 menerusi enam operasi khas Narkotik Joint Task Force sempadan laut Malaysia-Indonesia.

Operasi yang bermula 8 Jun hingga 7 Julai itu tertumpu di kawasan sempadan laut Malaysia-Indonesia - melalui operasi udara dan darat di daerah itu.