Polis rampas dadah pelbagai jenis bernilai RM6.2j

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 5 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menumpaskan satu sindiket pengedaran, penyeludupan dan merampas dadah bernilai kira-kira RM6.2 juta untuk pasaran tempatan serta antarabangsa dalam operasi pada Sabtu dan semalam.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam tujuh serbuan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor itu, lima warga tempatan termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 28 tahun hingga 48 tahun ditahan iaitu empat di Ledang, Johor manakala seorang lagi di Kuala Lumpur.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.