Akta Perhutanan | Hentikan kelulusan tebang habis di hutan simpan kekal – KUASA

  • 2 tahun lalu
Kerajaan digesa menarik balik kelulusan pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan hutan simpanan kekal yang masih dibenarkan dalam dasar perhutanan negara di bawah seksyen 19, Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurut persatuan aktivis Sahabat Alam atau KUASA, dasar berkenaan masih membenarkan aktiviti pembalakan secara tebang habis bagi pengeluaran hasil daripada hutan simpan termasuk kayu balak, mineral, tanah dan galian.