Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.