Banjir Di Baling | Jambatan segera dibina di kawasan Lata Celak

  • 2 tahun lalu
Sebuah jambatan sementara akan segera dibina di Lata Celak, Kampung Iboi, Kupang selepas jambatan konkrit sedia ada runtuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air dan banjir dua hari lepas.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan pembinaan jambatan itu bertujuan memastikan aktiviti seharian penduduk tidak terjejas termasuk pergerakan ke sekolah dan masjid.

Disyorkan