'Dulu cium tangan Tun sampai siku, lepas itu tikam belakang kita'
  • 2 years ago
Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir pada Sabtu lalu, membidas ahli-ahli Bersatu yang mengkhianati bekas pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad dalam Langkah Sheraton.

Katanya, mereka memilih kekal dalam Bersatu dan menyertai Perikatan Nasional kerana mahu membantu rakyat, sebaliknya tidak berbuat demikian selepas menjadi kerajaan.

Dakwa ahli Parlimen Jerlun itu lagi, kerajan negeri Kedah di bawah pimpinan PN juga tidak menghulurkan bantuan kepada rakyat, sehingga mereka terpaksa memohon bantuan di pejabat ahli Parlimen pembangkang termasuk dirinya.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/765016931521177