Banjir Kilat | Tiga daerah di Kedah terjejas

  • 2 tahun lalu
Tiga daerah di Kedah, Sik, Baling dan Padang Terap dilanda banjir kilat selepas hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, 69 keluarga terpaksa dipindahkan sementara ke tempat selamat.