Kes Mahkamah | Emilia Hanafi akan serah diri, jalani penjara tujuh hari

  • 2 tahun lalu
Bekas isteri seorang ahli perniagaan terkenal, Emilia Hanafi, 43, akan menyerah diri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin depan bagi menjalani hukuman penjara selama tujuh hari. Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim dalam satu sidang media memaklumkan, tindakan Emilia untuk menyerah diri itu kerana berdepan tekanan emosi dan trauma dihadapinya.