Empat negeri jadi contoh tambah baik Mahkamah Syariah

  • 2 tahun lalu
Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Terengganu menjadi negeri contoh dalam usaha menambah baik perkhidmatan Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata inisiatif-inisiatif berbentuk inovasi telah diperkenalkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes dan kelancaran pengurusan pentadbiran mahkamah.