Loh gembira keputusan mahkamah sivil tolak permohonan MAIPS
  • 2 years ago
Mahkamah sivil hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) untuk mencelah dalam prosiding perceraian ibu tunggal Loh Siew Hong dan bekas suaminya yang memeluk Islam.

Hakim Evrol Mariette Peters memutuskan bahawa MAIPS gagal membuktikan bahawa ia adalah pihak yang berkepentingan berhubung tiga anak-anak Loh yang diIslamkan secara sepihak oleh bapa mereka.

Ketika ditemui di perkarangan mahkamah hari ini, Loh berkata dia 'sangat, sangat gembira' atas keputusah mahkamah yang berpihak kepadanya itu.