Mahkamah tolak permohonan Najib batal pertuduhan pinda laporan 1MDB
  • 4 years ago
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.

Najib memohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meminda Laporan Audit 1MDB yang didakwanya tidak berasas dan bersifat menindas.