Ops Kesan | PERKESO keluar 151 notis kompaun kepada majikan

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak, mengeluarkan 151 notis kompaun bernilai lebih 110 ribu ringgit kepada majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja melalui Ops Kesan.

Kompaun berkenaan direkodkan dalam tempoh dua hari iaitu pada 7 hingga 8 jun, hasil lawatan di 687 premis majikan di seluruh negeri.

Pengarah Perkeso Sarawak Phillip Sangkan berkata ada majikan yang enggan mengaku pekerjanya bagi mengelak mencarum dalam pertubuhan itu.