Subsidi Penternak | Bimbang bantuan tidak sampai ke golongan sasar

  • 2 tahun lalu
Keputusan kerajaan untuk tidak lagi memberi subsidi kepada penternak, sebaliknya disalurkan kepada pengguna mencetuskan dua kekhuatiran utama kepada lanskap ekonomi negara.

Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma bimbang sekiranya bantuan tersebut tidak sampai kepada golongan yang disasarkan.

Pada masa sama, pakar ekonomi itu turut khuatir akan berlakunya kenaikan harga barangan mentah yang lain susulan keputusan tersebut.