PAU2022 | Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik golongan muda

  • tahun lalu
UMNO mungkin berdepan kesukaran untuk menarik golongan muda selepas usul dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Kebimbangan itu disuarakan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana katanya keputusan tersebut jelas bertentangan dengan hasrat dan aspirasi golongan berkenaan yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan termasuk dalam isu memilih pemimpin.