Jenayah | ATB2 gagalkan cubaan seludup rokok tidak bercukai
  • 2 tahun lalu
Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 8,650 karton rokok tidak bercukai bernilai RM1.038 juta dari Indonesia menerusi rondaan Op Benteng bersama di Batu 3 Apas awal pagi Isnin.

Komander ATB2 Briged Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata kejayaan itu susulan radar Stesen Pengawasan Pesisir Pantai (CSS) mengesan empat buah bot laju dari arah Pulau Sebatik menuju kawasan Perairan Batu 3 pada jam 3.05 pagi.