Seludup | APMM Johor gagalkan cubaan seludup syabu RM3.8 juta
  • 2 tahun lalu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia zon Batu Pahat menggagalkan cubaan menyeludup dadah dipercayai syabu seberat 69 kilogram bernilai RM3.8 juta di Perairan Parit Amat Muar, Johor sekitar jam 11.20 pagi Khamis.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kejayaan tersebut hasil maklumat awam selepas melihat sebuah bot yang mencurigakan berlegar di perairan berkenaan.
Disyorkan