Kes Pemandu Tular | Ejen insuran didakwa dedahkan anak kepada bahaya

  • 2 tahun lalu
Seorang pemandu didakwa di Mahkamah Ipoh dengan tuduhan mendedahkan tiga anaknya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Tertuduh, T. Vengadasalabathi, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga tuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.