Ejen insurans, guru dari Kedah suspek terbaru

  • 6 years ago
Polis telah menahan seorang lagi guru di Kuala Ketil Kedah malam tadi bagi membantu siasatan kes kebocoran peperiksaan UPSR.

Turut ditahan ialah seorang ejen insurans di Sentul Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng memaklumkan guru dan ejen insurans itu ialah suspek ke-5 dan ke-6 yang ditahan polis setakat ini.