Insentif pelepasan cukai rangsang industri insurans

  • 6 years ago
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mencadangkan kerajaan memberikan lebih banyak insentif pelepasan cukai dalam Bajet 2015 untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan rakyat.

Liam memaklumkan semasa negara merealisasikan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, minda rakyat perlu ditransformasikan, supaya mampu berdikari dalam mengurus kedudukan kewangan mereka.