Peguam muda gesa Majlis Peguam tangani 'ketidakadilan' dalam profesion

  • 2 years ago
Peguam muda yang memohon pelaksanaan imbuhan minimum untuk pelatih dalam kamar telah membawa tuntutan mereka ke Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Jurucakap Pergerakan Peguam Muda Vince Thian berkata, keengganan firma guaman membayar pelatih mereka dengan sekurang-kurangnya gaji minimum merupakan petanda kepada kegagalan dalam profesion guaman.