Ancaman Harimau | JAKOA bantu kebajikan 700 keluarga Orang Asli

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menjaga kebajikan 700 keluarga masyarakat Orang Asli di tiga buah pos penempatan di Gua Musang, Kelantan yang masih diancam serangan harimau belang sejak enam bulan lalu.

Pegawai JAKOA Gua Musang, Azman Ngadiron berkata, selain JAKOA pelbagai agensi serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut bekerjasama menjaga kebajikan penduduk Orang Asli terjejas yang tinggal di Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Belatim.