Rakyat muak perangai Dr M, zaman dia amal 'crony is king' - Ahmad

  • 2 years ago
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memberi tiga sebab mengapa rakyat sudah muak dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya kini "kurang relevan".

Antaranya kata Ahmad, adalah kata nista yang dilontarkan kepada Najib Razak kerana menyebut "wang adalah raja, raja itu adalah rakyat" semasa debat di televisyen baru-baru ini.