Tragedi Pelajar USAS | Pemandu treler mengaku tidak bersalah

  • 2 tahun lalu
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret Kuala Kangsar, pada selasa, atas tuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Khamis lalu.

Tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28 tahun, membuat pengakuan itu selepas lima pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di Hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.