Pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu secara bahaya, korbankan dua nyawa

  • 8 bulan lalu
Pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu secara bahaya, korbankan dua nyawa

BERITA MOJO 25 SEPTEMBER 2023

Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.

Mengikut pertuduhan, pemandu treler itu dituduh memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar dan Yuswar Mohd Uyus di KM 5.8, Persiaran Utara pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu.

Artikel: https://bitly.ws/VBA9

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa