Kes Najib Razak | 1MDB mahu dapatkan semula dana AS$2.3 bilion

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahu mendapatkan semula US$2.3 bilion yang dilaburkan di syarikat pelaburan Bridge Global Absolute Return Fund SPC.

Bekas setiausaha syarikat 1MDB Goh Gaik Kim, 54, berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menghadiri mesyuarat pada 11 Nov 2013.