Penerbangan Lambat | Syarikat penerbangan diarah serah data

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menyerahkan semua data berhubung gangguan jadual penerbangan sepanjang tempoh perayaan dari 29 April hingga 9 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim memberitahu, data tersebut diperlukan untuk mendapatkan informasi yang objektif, tepat dan menyeluruh berkenaan isu tersebut.