Mahkamah | Pilot ambil nasi ganja guna helikopter mengaku tidak bersalah

  • 2 tahun lalu
Seorang juruterbang yang menerbangkan helikopter untuk mengambil pesanan nasi ganja di Padang Ipoh Julai tahun lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin atas tuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan.

Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53 tahun, yang juga pengarah sebuah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Jesseca Daimis.

Disyorkan