Mahkamah | Nicky Liow mengaku tidak bersalah 26 pertuduhan

  • 2 tahun lalu
Ahli perniagaan, Nicky Liow, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan berkaitan akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001.

Nicky atau Liow Soon Hee, 34 tahun, yang juga Pengasas Winner Dynasty Group, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim, Helina Sulaiman.