Aliran trafik | LPT1, Jalan Kuantan-Segamat dijangka sesak

  • 2 tahun lalu
Aliran Trafik Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Jalan Kuantan-Segamat dijangka akan mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, peningkatan aliran trafik dijangka berlaku di Plaza Tol Kuantan dan Plaza Tol Gambang menuju ke Kuala Lumpur.