Lebuh Raya | Bayaran tol DASH bermula 12.01 malam
  • tahun lalu
Pengguna lebuh raya Projek Lintasan Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan bayaran tol, ketika melalui laluan itu, bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Kutipan tol berkuat kuasa selepas tamat tempoh penggunaan secara percuma selama 48 hari yang diumumkan kerajaan sempena perasmian Lebuhraya DASH bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini.