Jiwa SME | Pembukaan sempadan beri nafas usahawan bahulu

  • 2 tahun lalu
Pembukaan sempadan negara ternyata memberi limpahan rezeki buat peniaga atau Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) terutamanya di selatan tanah air.

Umpama bernafas kembali, peniaga bahulu Mahanoum, Shahrilnizam Mohd berkata lokasi kedainya di Larkin Sentral kini kembali bernyawa.

Walaupun tidak seperti sebelum pandemik namun, jualan bahulu tradisonal dan bahulu garing pelbagai jenis buatannya dan isteri, Mahanum Abdul Rahman ada peningkatan.