Aidilfitri 2022 | Selepas dua tahun, Syawal disambut penuh meriah

  • 2 tahun lalu
Selepas dua tahun tidak menyambut kemeriahan Aidilfitri, pastinya ketibaan bulan Syawal kali ini dinanti dengan rasa teruja.

Tidak terkecuali keluarga Rimah Karim di Likas, Kota Kinabalu Sabah yang bakal meraikan Aidilfitri bersama suami, anak-anak dan keluarga tercinta.

kelonggaran sop sempena peralihan negara ke fasa endemik membolehkan mereka berkumpul semula dan meraikan hari kemenangan umat Islam ini, bersama.