KPDN kekalkan harga siling ayam, telur selepas Syawal

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengekalkan harga siling bagi ayam dan telur sehingga selepas Syawal.

Keputusan itu dibuat berikutan penggunaan bahan asas itu dalam kuantiti yang banyak pada bulan Ramadan dan Syawal.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, hasil libat urus pasukannya bersama Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan juga memberi jaminan bekalan itu dijual pada harga siling yang ditetapkan.

Disyorkan