Tiga cedera dalam kejadian letupan tempat lupus mercun di Sentul
  • 2 years ago
Sebuah kemudahan simpanan barang bukti polis di Sentul, Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam.

Kebakaran bermula selepas polis selesai melakukan proses pelupusan mercun petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai.