Tahanan Lolos | Dua dalang rusuhan ditahan, dua masih bebas

  • 2 tahun lalu
Dua daripada empat dalang utama yang menyebabkan rusuhan sebelum berlakunya insiden 528 tahanan lolos daripada depot imigresen sementara Relau, pada Rabu berjaya ditahan malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad penahanan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu dibuat di kawasan pencarian sekitar depot tahanan berkenaan.

Tambahnya, dua lagi dalang berusia 21 dan 44 tahun yang masih lagi bebas kini diburu pihak polis bersama 86 tahanan lolos yang lain.