Udang Goreng Telur Masin with Aurasia Starter Cookware

  • 2 years ago
Udang (sederhana besar), bersihkan 500 gm
Putih telur 2 biji
Tepung jagung 2 sudu besar
Minyak bijan 1 sudu kecil
Minyak untuk mengoreng

Bahan lain
Telur masin kuning (kukus dan cincang) 3 biji
Mentega 2 sudu besar
Daun kari 1 tangkai kecil
Bawang putih (cincang) 4 ulas
Halia (cincang) 3 cm
Cili merah (hiris julienne) 1 tangkai
Cili padi (ketuk) 2 biji
Kuning telur 3 biji
Susu cair 3 sudu besar
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Lada putih Secukup rasa
Daun ketumbar 1 tangkai kecil
Minyak bijan ½ sudu kecil

1. Sediakan bahan-bahan.
2. Bersihkan udang (dengan kulit, belah belakang), gaulkan bersama putih telur, tepung jagung dan minyak bijan.
3. Goreng sehingga ¾ masak. Angkat dan alihkan.
4. Di dalam wok yang sama, keluarkan minyak gorengan tadi (tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja)
5. Masukkan mentega dan tumis bawang putih, halia, cili merah, cili padi dan daun kari.
6. Kemudian masukkan telur masin kuning. Kacau tanpa henti sehingga menjadi berbuih.
7. Tuangkan susu cair, perasakan dengan garam. Gula dan lada putih. Kacau sebati.
8. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
9. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan minyak bijan.

Resepi daripada Chef Dr Kamarul

Recommended