Jangkitan Sporadik | Patuh SOP di Bazar Ramadan

  • 2 tahun lalu
Masyarakat di Sabah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ketika berada di tempat awam seperti Bazar Ramadan dan pusat beli-belah.

Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hal ini kerana peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini iaitu 55 peratus berbanding 43 peratus semalam.