COVID-19 | Ke bazar Ramadan? Patuh SOP, elak jangkitan

  • 2 tahun lalu
Orang ramai dinasihati lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika mengunjungi kawasan tumpuan umum. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata antara kawasan tumpuan umum itu termasuk bazar Ramadan dan pasar malam.