'Tarik sokongan pengundi atas pagar' - Rafizi intai kerusi Parlimen
  • 2 years ago
Bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa dia juga ingin bertanding semula di kerusi Parlimen, jika diberi peluang oleh PKR.

“Adalah jelas bahawa jika kita ingin menarik sokongan pengundi atas pagar sekali lagi, saya perlu bertanding di kerusi Parlimen sekali lagi.

“Sama ada saya menang (jawatan) timbalan presiden (PKR) atau tidak, itu soal kedua. Terus terang saya kata, fokus menang kerusi adalah lebih utama,” kata Rafizi.
Recommended