'Menang 100 ke 80 kerusi? Anwar dan Rafizi pun tiada persefahaman'
  • last year
Penyandang ahli Parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussein enggan melayan 'ramalan' Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa PH mampu memenangi 15 kerusi Parlimen di Johor.

Menurutnya, ini berikutan Rafizi dan presidennya Anwar Ibrahim turut bercanggah mengenai jangkaan jumlah kerusi Parlimen yang mampu dimenangi PH di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jangkaan Rafizi bahawa PH mampu memenangi 15 buah kerusi Parlimen di Johor, berdasarkan data syarikat tinjauan awam miliknya Invoke Solution.
Recommended