Buru Hidupan Liar | Pemburu haram ditahan bersama senapang bakakuk

  • 2 tahun lalu
Seorang pemburu haram hidupan liar ditahan bersama selaras senapang patah jenis bakakuk di Kilometer 20 Jalan Tawau-Semporna Sabah, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, lelaki rakyat tempatan itu ditahan untuk pemeriksaan oleh sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira kira jam 6.45 petang.