Misi Kemanusiaan | Ebit Lew hantar barangan asas, ubat-ubatan ke Gaza
  • 2 tahun lalu
Sebanyak dua treler besar dan beberapa lori dipenuhi barang keperluan asas dan ubat-ubatan dihantar oleh Ustaz Ebit Lew ke hospital-hospital di Gaza pada Khamis.
Menerusi perkongsian Instagram pendakwah terkenal itu, beliau meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan Palestin untuk menunaikan hasratnya itu.