PKP | Joging, berbasikal, senaman kini dibenarkan mulai 8 Mei

  • 2 tahun lalu
Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal, sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei 2021.
Kementerian Belia dan Sukan dalam kenyataan memaklumkan kelonggaran itu diberi selepas mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat mempertimbang rayuan melihat semula keputusan berhubung prosedur operasi standard sektor sukan serta rekreasi.