Berbasikal masih dibenarkan, asalkan tidak berhimpit-himpit - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
Aktiviti berbasikal dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memandangkan ia adalah sukan outdoor.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti berkenaan masih boleh dilakukan asalkan setiap penunggang basikal mampu mengelak suasana yang berhimpit-himpit dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.